Swot

Submitted by: Submitted by

Views: 495

Words: 1183

Pages: 5

Category: Business and Industry

Date Submitted: 03/02/2011 02:49 AM

Report This Essay

1. http://www.scribd.com/doc/3152128/BAB-ENAM-moral-kbu

1.2 Teori Egoisme:

1.2.1 Definisi:

Egoisme ditakrifkan sebagai teori yang menggangap nilai itu baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika sesuatu itu merugikan diri sendiri.

1.2.2 Pengasas:

Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 – 1900), ialah seorang ahli falsafah yang mengkritik utilitarianisme. Bagaimanapun, beliau lebih kuat menentang kemoralan sosial iaitu yang berasaskan tradisi dan peraturan masyarakat.

Nietzche mengenal pasti dua kumpulan besar manusia iaitu kumpulan rakyat jelata yang miskin dan kumpulan bangsawan yang kaya. Kumpulan rakyat jelata adalah ramai dan lemah. Manakala golongan bangsawan ini minoriti tetapi kuat. Oleh itu, rakyat jelata ini selalunya menyimpan perasaan benci dan dendam terhadap gologan bangsawan ini.

Hal ini telah menyebabkan kaum bangsawan melihat diri mereka sebagai durjana dan jahat. Mereka melihat nilai asal mereka (individualisme atau egoisme) sebagai salah. Usaha rakyat memperkenalkan peraturan moral ini mengandungi konsep seperti pengorbanan diri, rasa bersalah, suara batin, kepercayaan agama dan lain-lain. Bagi Nietzsche, mencipta tuhan atau menyedarkan wujudnya tuhan dan agama yang melindungi golongan rakyat ini adalah hasil daripada pemberontakan. Jadi, rakyat berjaya menjadikan etika dan kemoralan yang salah itu menjadi benar yang berpunca daripada perundangan tuhan.

Jadi, sesuatu tindakan itu mesti menguntungkan diri. Nietzsche ialah seorang egois yang mahu melihat kaum bangsawan untuk berkembang dan menjadi tuan kepada kod etika, peraturan dan undang-undang moral.

1.2.3 Jenis dan ciri-ciri:

Egoisme boleh dibahagikan kepada Egoisme Psikologi atau Egoisme Etika.

Egoisme Psikologi | Egoisme Etika |

satu teori deskriptif mengatakan bagaimana orang melakukan tindakan. | Memberitahu (pescribe) bagaimana mereka perlu bertindak. |

Berpendapat bahawa semua orang adalah selfish. | Berpendapat bahawa semua orang perlu selfish. |...