Vandalisme

Submitted by: Submitted by

Views: 412

Words: 1656

Pages: 7

Category: Other Topics

Date Submitted: 04/20/2011 08:47 PM

Report This Essay

Masalah vandalisme dalam kalangan masyarakat hari ini semakin serius. Mengapakah hal ini berlaku dan apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasinya.

Apabila keluar untuk bersiar-siar, pernahkah anda tersempak dengan contengan-contengan dan lukisan yang sungguh abstrak atau tampalan-tampalan kertas yang sungguh menyakitkan pandangan di sekeliling anda? Lazimnya, contengan-contengan atau tampalan-tampalan kertas tersebut mudah dijumpai di merata-rata tempat seperti pada dinding sesebuah bangunan, tembok-tembok, batu-batan di tepi pantai, tandas-tandas awam, pondok telefon dan juga termasuk meja atau kerusi di sekolah. Keadaan ini bukanlah satu isu baru di Malaysia, malah ia sering diperbincangkan oleh media massa. Budaya menconteng dan manampal kertas di merata-rata tempat yang memang menjelikkan ini dikenali sebagai vandalisme. Kini, perbuatan vandalisme tidak hanya dijumpai di tempat-tempat tersebut, malah dapat ditemui pada laman web.

Menurut laman web yang bernama Wikipedia (n.d.), perkataan vandalisme dapat didefinisikan sebagai perbuatan seseorang yang ‘…membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain…’ tanpa kebenaran pihak  berkuasa. Di Malaysia, vandalisme merupakan ‘…satu bentuk jenayah….’ sebab perbuatan ini telah mengakibatkan pihak awam dan swasta mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan kos untuk membaiki dan menggantikan barang-barang yang telah rosak, ‘…tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap kondisi mayarakat.’ (Wikipedia, n.d.)

Gambar di atas merupakan salah satu contoh vandalisme.

Pada hari ini, masalah vandalisme dalam kalangan masyarakat telah menjadi semakin serius dan perbuatan laku musnah mereka ini dianggap sebagai satu bentuk jenayah. Golongan yang terlibat dalam perbuatan yang tidak berakhlak ini biasanya adalah pelajar-pelajar sekolah dan remaja serta para penganggur yang kerjanya hanya melepak di...

More like this