Titas

Submitted by: Submitted by

Views: 454

Words: 3924

Pages: 16

Category: World History

Date Submitted: 04/03/2011 01:22 AM

Report This Essay

1.0 PENGENALAN DAN SEJARAH TAMADUN INDIA

Negara India terletak di bahagian Selatan benua Asia. Keluasan negara India ialah 2,354, 175 km persegi. Negara India boleh dibahagikan kepada dua kawasan geografi iaitu India Utara dan India Selatan. Kedua-dua kawasan ini mempunyai rupa bentuk fizikal, bahasa, budaya dan amalan keagamaan yang berbeza. Masyarakat di india utara dikenali sebagai Indo-Arya manakala masyarakat di India Selatan pula dikenali sebagai Dravida. Tamadun awal india ataupun permulaannya adalah amat sukar untuk dikenalpasti. Ketika Zaman Batu Awal (palaeolithic age) di India, bahan – bahan arkeologi sukar di temui. Hanya beberapa jenis batu kuarzit di jumpai di beberapa buah kawasan di India seperti di daerah Chingleput (Madras), daerah Banda (Agra) dan sebagainya. Pada Zaman Batu Baharu pula, terdapat kemajuan dari segi kegunaan batu sebagai bahan peralatan yang baik, namun masyarakat pada ketika ini masih tidak mengetahui kegunaan logan kecuali emas. Penduduk pada zaman ini tinggal di gua yang meninggalkan kesan – kesan lukisan yang menggambarkan pemburuan dan tarian.

Pada tahun 1922, R.D Banerji dan M.S Vats iaitu ahli arkeologi telah menjumpai sebuah tamadun awal di Lembah Sungai Indus. Tamadun ini di kenali sebagai Tamadun Indus. Tamadun ini telah wujud kira – kira 2500 S.M hingga 500 S.M. terdiri dari 70 buah Bandar di dataran yang direntasi oleh Sungai Indus dan Sungai Ganges. Dua buah Negara kota yang merupakan Bandar terancang dan terkenal pada zaman ini ialah Harappa dan Mohenjo-Daro. Hal ini jelas menunjukkan corak kehidupan manusia yang berorganisasi dalam perancangan bandar-bandar. Kemudian, Tamadun Indus ini telah merosot dan akhirnya lenyap adalah kerana berlakunya wabak penyakit yang meragut banyak nyawa penduduk, perpindahan penduduk-penduduk ke daerah lain di India, berlaku bencana alam dan oleh kerana serangan bangsa Aryan yang menakluki Lembah Indus.

Tamadun India adalah merupakan salah sebuah tamadun besar...