Gejala Sosial

Submitted by: Submitted by

Views: 745

Words: 771

Pages: 4

Category: Societal Issues

Date Submitted: 03/21/2009 06:01 PM

Report This Essay

KUALA LUMPUR: Penganjuran program belia yang tidak bermaya dan kegagalan mengecapi didikan sempurna di rumah dikesan menjadi antara punca utama peningkatan ketara salah laku sosial remaja Malaysia dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Selain dua faktor berkenaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis masyarakat turut menyifatkan pembangunan infrastruktur dan pertumbuhan pesat pusat hiburan di seluruh negara juga menjadi antara penyumbang gejala sosial di kalangan belia negara ini berbanding 10 tahun lalu.

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Tajudin Ahmad (gambar), berkata kebanyakan belia yang terbabit dengan gejala sosial termasuk lumba haram, keluar lewat malam, hisap rokok dan gangsterisme adalah dikalangan mereka yang tidak berpersatuan.

“Kajian mendapati rata-rata belia bermasalah adalah golongan yang langsung tidak menyertai mana-mana pertubuhan, kegiatan sukan mahupun program riadah,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini semalam.

Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan perlu merangka mekanisme lebih berkesan dalam penganjuran sebarang program belia negara yang lebih relevan dengan kehendak dan naluri remaja tempatan.

“Selain program belia yang lebih berkesan, kerajaan juga perlu mencari pendekatan yang lebih sesuai untuk menarik minat mereka berpersatuan.

“Kita mahu belia dibentuk dengan daya kepemimpinan tinggi selain mampu berdaya saing. Sehubungan itu, usaha bersepadu perlu dirangka bagi menarik lebih 8.5 juta belia yang dilaporkan tidak mendaftarkan diri dalam sebarang pertubuhan,” katanya.

Kelmarin akhbar melaporkan, hasil Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke empat (KPKM-4) oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), mendapati salah laku sosial di kalangan remaja membabitkan perbuatan keluar hingga larut malam, merokok, gangsterisme, dadah, lumba haram dan kahwin lewat meningkat agak ketara dalam tempoh 10 tahun.

Naib Pengerusi Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Islam Malaysia...