Titas

Submitted by: Submitted by

Views: 442

Words: 1022

Pages: 5

Category: World History

Date Submitted: 03/28/2011 11:40 PM

Report This Essay

KESAN PERKEMBANGAN KONTEMPORARI KEPADA DUNIA

Gelombang globalisasi kontemporari adalah yang terbesar dan terkuat pernah melanda dunia. Pengaruhnya sungguh besar dan luas sehingga ia meliputi semua bidang peradaban. Globalisasi merujuk kepada kehidupan yang lebih meluas merangkumi pelbagai isu dan aspek termasuk di dalamnya ekonomi, politik, budaya dan sosial. Setiap isu globalisasi membawa kepada kebaikan dan pada masa yang sama membawa kepada keburukan. Isu-isu ini memberi kesan kepada peradaban manusia dari segala aspek.

Banyak pihak di dunia ini sedang menilai buruk baiknya globalisasi terutamanya globalisasi ekonomi. Chandra Muzaffar dalam Osman Bakar (2004), menyatakan bahawa terdapat lapan aspek positif globalisasi.

1) Peranan pelaburan asing (FDI) dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara.

2) Peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah.

3) Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan kerana teknologi baru komunikasi dan maklumat.

4) Komunikasi yang lebih mudah dan juga murah.

5) Peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik, budaya dan agama berinteraksi.

6) Peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan rasa ketidakmanusiaan mereka terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia di seluruh dunia.

7) Penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawaban awam, peraturan undang-undang dan hak-hak asasi manusia.

8) Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.

Jika diperhatikan, maka sebahagian besar manfaat globalisasi adalah yang berkaitan dengan dimensi ekonomi manakala bakinya berkaitan dengan dimensi politik dan sosial. Dari segi keburukan globalisasi pula, tiga belas perkara yang disenaraikan oleh Chandra dalam Osman Bakar (2004) ialah:

1) Kualiti alam sekitar yang semakin merosot sebagai akibat terlalu mementingkan faktor keuntungan.

2)...